Wednesday, September 29, 2010

"TIMA KACEH LALING DAPAT MUNGER CHANTEKKK..."
ingatkan lupa huhuhu da petang baru sampai...
p/s: tima kasih et pnjam npon canggih ko tangkap gambor..npon cap ayam aku tak dapat menghasilkan gambor seelok ini...
Posted at 01:29 pm by
Ucu(M.Shah)
Terima kasih ye ...huhuhu...tambah lagi umurku setahun..tua dah...uhuk..uhuk..
Saujana Selamat Hari Lahir
ditujukan untuk diri ku sendiri dan buat kawan2 yang berkongsi tarikh lahir atau bulan lahir dengan aku ye :)) ..
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
muhasabah diri:"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya" Surah Ali-Imran ayat 185.
sesungguhnya bertambah usiaku bermakna bertambah pendek usiaku..mohon agar dalam perjalanan hidupku ini diisi dengan kebaikan..kepada semua yang mengenali diriku..aku mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kepada kalian disepanjang mengenali kalian..
p/s: aaaminnnnn
Posted at 05:54 am by
Ucu(M.Shah)
Tuesday, September 28, 2010
SUSAH..PAYAH..PENAT..MENYUSAHKAN
susahnya..penatnya..ayat2 yang selalu disebut bila ada sikit susah..tapi pernahke kita fikir pada orang yang lebih susah..
masa kecik2 bila cakap kat mak lauk tak sedap..mak akan cerita kesusahan zaman dia..masa mak kecik2 dulu xde ayah..mak mula kerja umur 10 tahun tolong sara keluarga..keluarga susah nak makan apa pun xde..mak kerja mula 4 pagi..angkat air dari perigi untuk kegunaan mak dia..buat sarapan apa yang ada..kemudian pergi kebun..bila dah kerja nak makan apa pun takde..mak cabut ubi di bakar itu je lah alas perut dia bagi ada tenaga nak kerja...(sebak je dengar..trus aku diam x jadik kompelin)
bila aku mengeluh susahnya hidup ..mak kata dia lagi susah dulu..masa mula2 kawin ngan abah..sama2 orang miskin takde rumah..duduk kat pondok buruk..xde dinding..jauh dari jiran..pastu kata mak dia ngan abah usaha skit2 sampailah ader rumah kami sekarang...(trus diam x jadik nak merengek)
bila aku kata susahnya belajor..mak kata tu ko untung dapat sekolah..mak dulu lagi x dapat sekolah..orang miskin..masa kecik2 mak ada kawan budak cina..mak kena tunggu padi kat sawah..bila budak tu balik sekolah mak tunggu kat pondok..mak mintak budak tu ajar mengeja dan menulis huruf rumi..(huruf jawi mak tau)..(bila dgar macam tu x jadik nak mengeluh lagi..)
bila aku kata susahnya keja..mak akan kata ko untung keja kat pejabat duduk bilik aircond ada meja kerusi..mak ni lagi dah umur 60 tahun keja kat kebun..dalam semak..panas..duduk atas tanah jek (x jadik dah nak mengadu)
sekadar hiasanmak kata dia jadikan kutukan orang pada dia sebagai semangat untuk berjaya..dia kata hidup kena sabar..usaha..selalu kata kalau orang boleh aku mesti boleh..
dan aku juga pernah melalui kesusahan masa kecik2 dulu..masa ikut mak g
kebun..angkat kelapa,pisang,pungut buah sawit humm tapi naper sekarang
susah skit x tahan dah...(ke sebab dah tua..heheh)
humm tu lah kata2 ,mak..setakat mana aku mampu ikut aku x tau..
p/s-mak..ucu sayang mak..
Posted at 10:55 am by
Ucu(M.Shah)
Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT ARI RAYE SUMA..NI BAJU RAYA ADAM TOK MAK BUATKAN..COMEI DAK?..HEHEHEH
Posted at 08:01 am by
Ucu(M.Shah)
Thursday, September 02, 2010
Menghitung hari -hari terakhir ramadhan..sayu..tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi ramadhan..selepas ini berakhirlah bulan yang didalamnya tiada gangguan dari syaitan..ditutup pintu neraka..dibuka pintu syurga..selepas ini kembalilah kepada bulan yang besar godaannya..humm semoga aku dan semua sahabat dapat menghadapinya dengan kuat..semoga puasa kami memberi kesan kepada kami..aminnn
Posted at 05:49 am by
Ucu(M.Shah)